1. ISU - ISU PENDIDIKAN
Seorang guru disiplin berusia 40-an dibelasah
sekumpulan pelajar lelaki tingkatan 5 di alor setar dek kerana guru terbabit
bertindak pelajar tersebut kerana lewat menghandiri perhimpunan sekolah.
Pelajar terbabait yang bertindak memprotes telah membuat bising didalam kelas
sebelum guru terbabit bertindak naik untuk melihat apa yang sedang berlaku.
Sumber daripada saksi berkata guru tersebut yang cuba meleraikan permasaalah
telah ditolak kepalanya dan dikasari sebelum dibelasah sekumpulan pelajar
samseng takkala pelajar lain hanya mampu melihat kejadian itu sahaja.
Perbalahan hanya dapat dileraikan dengan bantuan guru lain.
2. ISU MEDIA
penggunaan televisyen sudah menjadi sebahagian daripada keluarga di kebanyakkan rumah kediaman di Malaysia. Boleh dikatakan hampir semua isi rumah memiliki sekurang-kurangnya sebuah televisyen. umumnya televisyen merupakan medium utama komunikasi. Bahkan ia juga mampu mempengaruhi cara seseorang berfikir dan kehidupan berbudaya. Jelaslah televisyen sangat menyumbangkan impak besar dalam kehidupan seharian kita. Hal ini kerana, boleh dikatakan hapir setiap anggota masyarakat menghabiskan masa mereka dihadapan skrin kaca ini. Daripada itu, media massa ini juga mempunyai tanggungjawab social yang besar terhadap keperluan masyarakat akan tetapi ini hanya boleh dilaksanakan sekiranya televisyen dapat memaparkan maklumat visual yang memenuhi citra tempatan dan tidak membelakangkan budaya luhur. Kegagalan melaksanakan akan menyebabkan kegagalan mempengaruhi cara berfikir dan embentuk sahsiah Muslim yang terbaik. Kesedaran mendalam bahawa televisyen juga boleh mendatangkan kesan negative kepada masyarakat, pemantauan dari semasa ke semasa perlu diperketatkan supaya apa yang dihidangkan bukan sekadar hiburan sema-mata malah turut mendidik masyarakat dalam pelbagai ilmu.
3. ISU TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
Definisi
Ø Tidak terhad
kepada internet dan computer tetapi ia juga melibatkan televisyen, telefon,
fax, telegram, PDA, satelit.
Ø Merupakan
teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data
Ø Penggunaan
computer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses,
memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Fungsi – fungsi ICT
Ø Membantu
pengurusan pendidikan
Ø Mengawal,
mengelola, merancang dengan lebih berkesan dan lebih cekap.
Ø Pendidikan
jarak jauh dapat dilakukan
Ø Banyak
bahan-bahan ditukar kepada bit-bit dalam komputer
Ø Pemindahan
kewangan
Ø Menjalankan
aktiviti perbankan dan pasaran
Peranan ICT
Peranan ICT
Ø Membantu
bekerja lebih pantas
Ø Membuka minda
Ø Menghubungkan
dua nadi suria walaupun berkilometer jauhnya
Isu –isu kesantunan berbahasa dalam penggunaan ICT
Ø Penggunaan
bahasa yang suka maki hamun, membangga diri, menfitnah, memprovokasi, mengejek
dan merendahkan orang lain berleluasa menyebabkan penghapusan budaya ketimuran
dan menggambarkan citra dan peribadi bangsa yang negatif.
Ø Para remaja
membahasakan orang yang lebih tua dengan kata ganti “awak”,”engkau”, “kamu”
yang dianggap kasar dan kuran beradab.
Ø Wujudnya bahasa
rojak menjejaskan imej pemartabatan bahasa kebangsaan kita.
Ø Para remaja
kurang menghormati orang yang lebih tua dek kerana terlalu terdedah dengan
drama – drama barat.
Jenayah melibatkan ICT
Ø Jenayah siber
Ø Pengodaman
maklumat
Ø Penyebaran
bahan-bahan pornografi
Ø Wujudnya budaya
plagiarism
Langkah-langkah mengatasi isu kesantunan berbahasa dalam
ICT
Ø Ibu bapa
hendaklah mendidik anak-anak menggunakan bahasa yang betul semasa berinteraksi
dalam media social.
Ø Pihak sekolah
hendaklah menekankan penggunaan bahasa yang betul.
Ø Kerajaan
hendaklah sentiasa mengadakan kempen kesedaran tentang penggunaan bahasa yang
betul.
Ø Dewan Bahasa
dan Pustaka hendaklah mengeluarkan garis panduan penggunaan bahasa yang betul.4.GEJALA PONTENG SEKOLAH
· Ponteng
merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah.
Punca
i. pelajar ponteng yang telah dikenal
pasti ialah kurang berminat terhadap pengajaran
dan pelajaran di sekolah.
dan pelajaran di sekolah.
ii. Pelajar juga ponteng kerana mereka lebih mementingkan
keseronokan daripada
pelajaran
pelajaran
iii. Kurangnya
kasih sayang serta pemantauan daripada ibu bapa
iv. Pengaruh
rakan sebaya
v. Mencari keseronokkan
vi. Peraturan
sekolah yang terlalu ketat
vii. Tekanan ekonomi
Kesan ponteng sekolah
· Pembaziran masa dan tenaga
· Masyarakat memandang serong kepada
pelajar
· Masa depan tidak terjamin
· Menjejaskan peratus kedatangan pelajar
Kesan gejala ponteng sekolah kepada guru
· Merasa kerugian kerana tidak dapat
memberi setaraf dengan pelajar lainnya kepada pelajar yang kerap ponteng
sekolah dan akibatnya memberi kesan kemerosotan terhadap corak pengajaran
dam pembelajaran di sekolah
· Menganggu proses pembelajaran
pelajar-pelajar lain dan merumitkan lagi tugas seorang guru kerana terpaksa
mencuri masa untuk mengulang kembali pelajaran yang tertinggal serta
tidak difahami oleh pelajar ponteng
· Pelajar ponteng sering menganggu kelas
dan pelajar lain serta memburukkan pencapaian mata pelajaran iaitu melibatkan
keseluruhan tahap pencapaian bagi sesuatu pelajaran tertentu
Cara mengatasi masalah ponteng sekolah
· Pelajar-pelajar diberikan motivasi
kesedaran diri
· Ibu bapa memberikan perhatian kepada
persekolahan anak-anak
· Pihak sekolah sentiasa memantau
kehadiran pelajar ke sekolah
· PIBG juga membantu sekolah
· Masyarakat prihatin terhadap isu ini.
· Kempen “Sekolahku, Syurgaku”
dijalankan sepanjang tahun
· Pihak polis membantu pihak sekolah
· Guru mempraktikkan pegajaran dan
pembelajaran yang menarik
IV.ISU SIKAP
IBU BAPA DAN MASYRAKAT
5. SIKAP IBU BAPA
Dera anak perempuan lima tahun separuh mati, reman ibu bapa dilanjut (kes 1)
· Perintah reman terhadap ibu bapa
kanak-kanak berusia lima tahu yang disyaki didera dan kini dirawat di unit
rawatan rapi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRP B), dilanjutkan tiga hari
lagi sehingga Rabu, kes dera anak
· Perintah sambungan reman itu
dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret Puteri Nor Dina Kamalaudin hari ini
bagi membolehkan polis melengkapkan siasiatan terhadap kes berkenaan
Ustazah biar suami rogol anak didakwa (kes 2)
Ø 3 tuduhan bersubahat dengan suaminya
mencabul dan merogol anak perempuannya yang berusia 15 tahun di kediaman mereka
Ø Wanita itu mengaku tidak bersalah atas
tuduhan yang diberikan oleh hakim
Ø Dia turut didakwa atas bersubahat bagi
tuduhan ketiga memujuk mangsa sama dengan membenarkan suaminya mencabul
kehormatan gadis itu
Ø Timbalan Pendakwa Raya tidak
menawarkan sebarang jaminan terhadap tertudup dengan alasan kesalahan serius
dengan mengambil kira usia mangsa yang masih di bawah umur ketika kejadian
Ø Suami ustazah yang bekerja sebagai
pemandu lori men gaku tidak bersalah
Ø Merogol anak tirinya itu tanpa
kerelaannya dan melakukan kekerasan jenayah dengan mencabul kehormatannya
Ø Juga tidak ditawarkan sebagi jaminan
IBU BAPA BUNUH ANAK SENDIRI, GAGAL CUBAAN BUNUH DIRI
ü Dua ibu bapa terselamat daripada
cubaan bunuh diri
ü Seorang anak perempuan mereka berusia
lima tahun meninggal dunia ketika pasangan itu cuba bunuh diri mereka sendiri
serta dua anak mereka
ü Bapanya pernah untuk mencuba bunuh
diri kali pertama di kediaman mereka dengan membakar arang di dalam bilik tidur
tetapi tidak berjaya
ü Keesokkan harinya , pasangan ibu bapa
itucuba membunuh diri lagi.
ü Kali ini mereka berjaya membunuh anak
perempuan mereka
ü Anak perempuan mereka itu dipercayai
meninggal dunia semasa percubaan kali kedua
ü Mayat anak perempuannya itu , ditemui
selepas guru tadikanya memberitahu ibu bapa kepada rakan sekelasnya untuk
memeriksa muridnya yang tidak hadir ke sekolah selama lima hari
ü Ibu bapa rakan sekelas dan anak
lelakinya pergi ke apartmen dan menekan loceng tetapi tidak ada yang menjawab
ü Anak lelaki pasangan yang cuba
membunuh diri berusia tujuh tahun membuka pintu dan memberitahu mereka bahawa
kakaknya telah mati .
ü Ibu bapa rakan sekelas
kemudiannya menghubungi polis
ü Siasatan mendapati bahawa keluarga itu
menghadapi masalah kewangan
ü Bapanya seorag kontraktor sudah tidak
bekerja hampir sebulan
IBU PELAJAR TAMPAR GURU
o Berlaku di bilik pengetua sekolah
berkenaan selepas ibu pelajar tersebut gagal menahan emosi lalu menampar
pipi lelaki berusia 26 tahun
o Guru matematik tersebut didakwa
telah menampar pelajar tersebut selepas mendapati dia membuat bising di luar
kelas sehingga mengganggu pelajar lain
o Wanita 40 tahun tersebut mengenai
kejadian itu selepas deimaklumkan oleh anaknya selepas pulang dari
sekolah.
CARA-CARA MENANGANI ISU IBU BAPA DAN MASYARAKAT DALAM KESANTUNAN
KERAJAAN
1) Kerajaan haruslah mengutkuasakan
undang-undang
Ibu bapa atau
penjaga yang cuai dalam penjagaan anak mereka boleh didakwa di mahkamah
mengikut Akta Kanak-Kanak 2011
2) Pihak kerajaan haruslah memainkan
peranan yang penting dalam mengatasi masalah ini yang disebabkan oleh
keruntuhan kesantunan dan budi bahasa. Pihak kerajaan harus mengenakan hukuman
yang berat kepada mereka yang membuang sampah sesuka hati kerana hilang
kesantunan dan budi bahasa. Sebagai contohnya, pihak kerajaan harus
meningkatkan kompaun atas masalah pembuangan sampah-sarap sesuka hati ini. Selain
itu, pihak keraajaan harus menjatuhkan hukuman penjara dan mencaci mereka yang
membuang sampah –sarap sesuka hati supaya masyarakat akan melihat kebejatan
masalah ini dan supaya mereka yang terjebak dalam masalah ini akan membuka mata
dan balik ke pangkal jalan.
KELUARGA
1) Mengawal emosi diri sendiri
2) Menjadi teladan yang baik kepada
anak-anak
3) Sentiasa ambil tahu perkara mengenai
anak –anak mereka sama ada di sekolah di luar rumah ataupun di rumah
4) Meluangkan masa menemani anak-anak
mereka dan mendidik anak-anak mereka
5) Memberi kasih sayang kepada anak-anak
mereka
6.ISU
PERTEMBUNGAN BUDAYA
Pertembungan
tak berlaku sekiranya budaya yang mempengaruhi tidak mendapat tentangan dari
budaya yang pengaruh.
· Contoh Pertembungan Budaya
Seorang
pelajar Malaysia dan Jepun sedang menaiki satu pesawat menuju satu destinasi
yang sama. Pramugari menghidangkan makan tengah hari beserta pisang sebagai
pencuci mulut.
Pelajar
Malaysia dengan selamba membuka pisang tersebut dan terus menyuap ke dalam
mulutnya.Pelajar Jepun ternganga melihat tingkah laku pelajar Malaysia tersebut.
Pelajar
Malaysia kehairanan.Pada pendapatnya, tidak ada sebarang kesalahan atau sesuatu
yang pelik telah dilakukannya. Beliau memberitahu pelajar Jepun beginilah cara
masyarakat Malaysia makan pisang.
Pelajar Jepun
menunjukkan bagaimana cara masyarakat mereka menikmati pisang. Beliau membuka
sebiji pisang perlahan-lahan.Pisang itu diletakkan di atas sebuah
pinggan.Pelajar itu memotong sedikit pisang itu menggunakan pisau.
Harga sebiji
pisang amat mahal di Jepun dan dianggap makanan mewah. Mereka hanya sekali
sekala sahaja akan makan pisang.Perbezaan sebeginilah yang dipanggil
pertembungan budaya
ISU-ISU YANG DIPENGARUHI
· CARA PERCAKAPAN
Pada masa
kini, banyak bahasa barat telah campur kepada bahasa kita. Contohnya,
"Malam ini kita pergi dinner.".Ini membuktikan betapa hebatnya
pengaruh barat terhadap kita. Bahasa melayu kita yang kita sering gunakan
sekarang sudah "bercampur" dengan bahasa dari barat menjadi satu cara
percakapan yang baru.
Sebenarnya,
ini bukan merupakan sesuatu yang buruk, kerana bahasa barat lebih biasa
digunakan. Namun cara percakapan yang kasar turut dicampur ke dalam bahasa
melayu kita. Terutamanya golongan remaja yang menganggap bahasa barat yang
kasar itu sesuatu yang dapat membesarkan maruah diri sendiri dan mereka tidak
tahu bahawa itu akan menjatuhkan maruah diri mereka.
Sebenarnya,
kita perlulah menjaga imej bangsa kita melalui cara percakapan kita. Selain
itu, ini jugalah untuk meneruskan tradisional kita dan supaya bahasa Melayu
dapat terus digunakan oleh bangsa kita pada masa akan datang.
· HEDONISMA
Budaya yang
berasal dari negara Barat ini sebenarnya merupakan barah yang kini semakin
mengancam jiwa remaja di Malaysia pada masa kini. Bukan begitu sahaja, ia mampu
merapuhkan adat berbudi bahasa yang merupakan pegangan hidup masyarakat
Malaysia pada suatu masa dahulu. Budaya ini begitu cepat menular di kalangan
remaja yang terpengaruh dengan keseronokan dan aktiviti yang dianggap dapat
menghilangkan rasa bosan terutama remaja di bandar besar.Dengan kemunculan
pelbagai pusat hiburan dan kebebasan media yang tidak dikawal ketat, hedonisme
merebak dengan pantas tanpa disedari mereka.Keadaan bertambah buruk apabila
penyalahgunaan dadah begitu berleluasa. Ini termasuk penggunaan pil Eecstasy
yang banyak digunakan oleh remaja kota. Selain itu, peningkatan kelahiran anak
luar nikah dan kes pembuangan bayi adalah akibat gejala negatif di kalangan
remaja yang terpengaruh dengan hedonisme.
Budaya
Hedonisme dibawa masuk dari budaya barat dan seterusnya memudaratkan budaya
masyarakat tempatan di Malaysia.Punca gejala ini timbul akibat kurang didikan
agama.gejala negatif di kalangan belia terutama remaja Islam. Didikan agama
yang dimaksudkan ialah pendidikan yang dapat membentuk ketahanan dalaman
generasi muda untuk menangkis sebarang gejala negatif yang disogokkan kepada mereka.
· FESYEN BARAT
Fesyen barat
dikaitkan dengan meniru fesyen terutamanya dari segi pemakaian.Sebagai contoh,
memakai pakaian yang terdedah atau tidak menutup aurat yang boleh menimbulkan
pelbagai perspeksi dalam kalangan masyarakat. Fesyan barat sememangnya
mempamerkan imej yang tidak senonoh dan seksi.Salah satu punca seseorang meniru
fesyen-fesyen barat ialah mereka mengamalkan gaya hidup moden.Gaya hidup moden
biasanya diamalkan di bandar bagi sesetengah golongan masyarakat. Meraka lebih
suka mengikut fesyen terkini seiring dengan arus pemodenan dan globalisasi.Bagi
mereka pakaian tradisional dianggap lapuk di telan zaman. Seseorang yang
meniru ciri-ciri pemakaian barat secara tidak langsung dipandang rendah oleh
masyarakat.Hal demikian disebabkan oleh imejnya yang seksi, terdedah dan
terlalu menjolok mata tidak dapat diterima oleh masyarakat.Golongan yang meniru
budaya pemakaian barat dianggap tidak mempunyai identiti yang tulen dan asli.
· MAKANAN & MINUMAN BARAT
Pengaruh
makanan dan minuman barat semakin berleluasa di masyarakat kita sehingga ia
menjadikan masyarakat seolah-olah lupa akan makanan dan minuman yang menjadi
identiti keperibadian bangsa. Pengaruh makanan dan minuman barat telah
menguasai minda masyarakat kita. Walaupun makanan dan minuman barat tidak
bercanggah dengan agama, tetapi secara tidak langsung ia telah berjaya mengikis
jatidiri belia remaja. Contohnya isu makanan, walaupun ia merupakan isu kecil,
tetapi dominasi makanan segera telah menenggelamkan makanan tradisi masyarakat
hari kini. Belia remaja kita lebih mengenal makanan dan minuman keluaran barat
daripada masakan tradisi yang turun-temurun masyarakat dahulu.Kami boleh
terdapat pelbagai jenama makanan di mana-mana bandar di Negara kita seperti Mc
Donald, KFC, Pizza Hurt dan lain-lain manakala minuman seperti Pepsi,
Coca-Cola, Seven-Up dan lain-lain. Belia remaja merasakan pengambilan makanan
dan minuman segera merupakan satu lambang cara hidup yang moden. Sebenarnya ia
akan menyebabkan masakan tradisi semakin pupus dan belia remaja kehilangan
identiti keperibadian bangsa.
· PERGAULAN BEBAS
Terdapat
beberapa faktor yang menjadi penyebab masalah pergaulan bebas dalam kalangan
anak muda di Negara kita.Salah satunya ialah terpengaruh daripada cerita
Hollywood yang tidak sesuai ditonton oleh remaja bawah umur 18
tahun.Kebanyakkan cerita yang ditayangkan ini mamaparkan aksi-aksi yang kurang
sopan antara lelaki dan perempuan ,seperti melakukan hubungan intim tanpa
ikatan yang sah atau lebih tepat lagi dengan istilah melakukan maksiat.Keadaan
seperti inilah yang menyebabkan remaja yang menonton tayangan ini akan
terpengaruh dan ingin mencubanya dengan rakan yang berlainan jantina.
Selain
itu,masalah pergaulan bebas ini sering menular kerana adanya pengaruh daripada
anak-anak muda yang pernah menuntut di perantauan,mereka membawa pulang budaya
barat dan mempraktikkannya apabila pulang ke tanah air.Mereka bergaul bebas
tanpa mengira jantina,menyebabkan generasi muda yang melihatnya terpengaruh
serta memberi impak negatif seperti menjerumuskan anak muda ini ke arah
penzinaan dan seks bebas.Keadaan seperti inilah yang boleh menyebabkan berlaku
kes pembuangan bayi serta masalah keruntuhan akhlak generasi muda hari ini.
· JUDI & ARAK
Dalam kitab
Bible thecatat sesiapa yang mengejar kekayaan dengan cara yang jahat,
menyangkakan dia tidak akan dirundung kemiskinan. Di dalam Kitab Tirukal kitab
suci agama Hindu ayat 931 menyebut: Jangan berjudi, kerana jika pun kamu
menang, kemenangan itu laksana mata kail yang menyangkuk ikan yang menelannya.
Di dalam buku Buddhism in Practice, Dr Peter Santina menulis: Dalam hal ini
Buddha menasihatkan manusia menjauhkan diri dari Enam aktiviti yang perlu
dijauhkan adalah perjudian, hiburan yang mahal-mahal, bercampur dengan mereka yang
tidak baik, malah, minum arak dan berpelisiran di jalan-jalan. judi ini bukan
budaya semua agama di dunia ini. Ia adalah pengaruh budaya barat yang ingin
menghancurkan sesuatu bangsa secara tidak disedari. Judi termasuk juga tikam
nombor ekor dan sekutu dengannya.
Budaya barat
seperti “clubbing” merupakan satu buday yang menjadikan judi dan arak menjadi
semakin popular di kalangan remaja ini.Mereka merasakan judi dan arak adalah
sesuatu kegiatan yang dapat medatangkan keseronokan dan kekayaan secara cepat.Namun
semua ini dalah dilarang oleh ajaran agama.
RUMUSAN
Pengaruh
budaya Barat telah membawa kesan buruk kepada keruntuhan akhlak seseorang
mahupun masyarakat pada masa kini.Generasi muda merupakan salah satu sasaran
utamanya.Antara kesan yang amat membimbangkan ialah serangan budaya barat
kepada pemikiran dan moral masyarakat. Semakin ramai golongan pemuda hari ini
sentiasa mengejari gaya hidup global yang ditandai oleh pelbagai ciri kehidupan
barat. Misalnya, memakai pakaian berjenama barat, media barat yang semakin
membanjiri masyarakat muda, makanan segera keluaran barat dan lain-lain
lagi.Dalam era pasca modenisme, mereka tidak suka menjalani kehidupan yang
tiada keseronokan, samada nilai, adat dan sejarah-sejarah dahulu, termasuklah
agama. Kesan intelektualan Barat ini telah memaparkan sifat negatif dalam kalangan
mereka apabila sesuatu perkara yang tetap dan stabil tidak digemari seperti
institusi agama yang menimbulkan nilai dan cara bertindak yang tidak serasi
dengan mereka.