STRATEGI KESANTUNAN PENULISAN
1. Membuat andaian bahawa setiap individu :
·
mempunyai air muka
·
menyedari bahawa individu yang lain juga mempunyai
air muka.
2. Air muka terbahagi
kepada dua:
·
Air muka positif : keinginan individu
untuk merasakan bahawa dirinya atau air mukanya dihargai
·
Air muka negatif : keinginan individu
untuk merasakan hak, kebebasan dan kuasa autonomi terhadap tindakannya.
4 STRATEGI KESANTUNAN PENULISAN BROWN & LEVINSON
1. Strategi Langsung
·
Melakukan FTA (perilaku bahasa yang mengancam air
muka) untuk menyatakan sesuatu dengan jelas.
·
Biasanya dalam bentuk perintah dan digunakan antara
pihak yang saling mengenal dan rapat, seperti teman / anggota keluarga.
Contoh :
“get out,” she said to me. “I want to talk
with Mother.”
(“Keluar”, katanya
padaku. “Aku ingin bercakap dengan Ibu.”)
·
‘get out’ menunjukkan bahawa penutur tidak
mengurangkan FTA.
·
Tuturan ini dapat mengancam muka negatif lawan
tutur.
2.
Strategi Kesantunan Negatif/ Formal
·
Penutur menjaga air muka negatif lawan tutur untuk
mempertahankan kebebasan tindakannya.
·
Biasa berlaku dalam kalangan orang yang belum
dikenali, antara atasan dengan bawahan dan antara orang muda dengan orang yang
lebih tua.
Contoh
:
“as favour to me, do try to calm down “
(Demi aku, cubalah tenang dulu)
“as favour to me, do try to calm down “
(Demi aku, cubalah tenang dulu)
·
Penutur melakukan FTA dengan meminta kesediaan
lawan tutur untuk bertenang.
·
Tetapi, penutur juga berusaha agar tidak memberikan
ancaman terhadap air muka lawan tutur melalui penawaran yang dilakukan.
3.
Strategi Kesantunan Positif / Keakraban
·
Penutur melakukan FTA dengan cara menjaga muka
positif pendengar.
·
Biasa digunakan antara dua orang teman, kenalan
atau pihak-pihak yang berhubungan akrab.
Contoh :
“just one moment,
doctor, if you please”
(Silakan tunggu sebentar, Doktor)
·
Penutur berusaha menciptakan interaksi yang baik
antara penutur dan lawan tutur
·
Penggunaan ‘Doctor, if you please’ membuatkan lawan
tutur lebih terlibat pada interaksi dan mengurangkan ancaman muka positif
terhadap lawan tutur.
4. Strategi Tidak Langsung
·
Penutur melakukan FTA secara tidak langsung dengan
membiarkan lawan tutur mentafsir tuturannya.
·
Digunakan terutama apabila ada ancaman yang lebih
serius terhadap air muka lawan tutur.
Contoh :
“Can’t You See This Room Is Too
Hot?”
(Tak tahukah ruangan ini panas?)
·
Tuturan ini sebenarnya bermaksud “sila buka kipas”.
Petunjuk dilakukan dengan menyebutkan sesuatu yang berkaitan dengan tindakan
yang diminta.
·
Tujuan: Penutur ingin mengurangkan FTA
No comments:
Post a Comment