28 August, 2015

TAJUK 5 : STRATEGI KESANTUNAN


STRATEGI KESANTUNAN LISAN

·        Teori Kesantunan Brown dan Levinson ( 1978 : 1987) telah mengutarakan andaian bahawa setiap individu yang kompeten mempunyai air muka (face), dan menyedari bahawa individu yang lain juga mempunyai air muka.

·        Konsep air muka bermaksud imeju diri dan penutur di tempat awam (public self image

·        Kita perlu memahami air muka seseorang supaya interaksi akan lebih berkesan.

·        Mengutamakan dua jenis air muka iaitu :

                                i.            Air muka positif
                              ii.            Air muka negatif

·        Strategi berinteraksi akan berbeza-beza mengikut jenis air muka pendengar

·        Masyarakat melayu menganggapnya amat memberatkan perlakuan yang menjaga air muka atau maruah pendengar.

·        Oleh itu, mereka akan cuba mengelak daripada berhadapan dengan konflik semasa berinteraksi secara lisan

·        Justeru, orang-orang melayu meggunakan pelbagai strategi semasa berinteraksi
·        Strategi-strategi kesantunan yang digunakan ialah :

                                i.            Strategi ikhlas
                              ii.            Strategi merendah diri
                            iii.            Strategi maaf
                            iv.            Strategi peyelesaian
                              v.            Strategi memberi peluang
                            vi.            Strategi penghargaan dan pujian
                          vii.            Strategi berterima kasih
                        viii.            Strategi kiasan
                            ix.            Strategi berhemah dan lemah lembut
                              x.            Strategi bersalam dan memperkenalkan diri
                            xi.            Strategi kecindan
                          xii.            Strategi menyapa/menegur
                        xiii.            Strategi ungkapan Rabbani



     STRATEGI IKHLAS

Menegur secara tidak langsung sesuatu perbuatan yang tidak disukai

Contoh :


Aku harap hang tak marah, aku ikhlas kerana Allah SWT nak bagi tahu ni, tak elok lelaki dan perempuan duduk berdua-duan



     STRATEGI MERENDAH DIRI

Menggunakan ungkapan-ungkapan membawa maksud penutur merendah diri dengan mengaku kelemahan dan kekurangan diri

Contoh :


Aku ni tak pandai sangat, itu sajalah yang aku dapat tolong



STRATEGI MAAF

Meminta dengan baik untuk bercakap atau berbuat sesuatu

Contoh :


Maaf ye! Boleh saya bercakap sikit
 

STRATEGI PENYELESAIAN
Mengambil keputusan memudahkan sesuatu urusan supaya penyelesaian cepat dicapai tanpa mendapat banyak bangkangan.

Contoh :


Saya rasa untuk menjimatkan masa, Kita setuju sajalah cadangan yang dibuat oleh Pat Mat tadi iaitu kita akan mengutip derma untuk membiayai program ini

 

     STRATEGI MEMBERI PELUANG

Memberi peluang kepada yang lebih berumur atau berjawatan dalam masyarakat untuk bersuara.

Contoh :


Kita dah banyak memberikan cadangan, apa kata kalua kita dengar pula pandangan orang lama dalam kampong ini iaitu Pak Ali untuk memberikan pendapat
 


     STRATEGI PENGHARGAAN DAN PUJIAN

Memberi peluang kepada yang lebih berumur atau berjawatan dalam masyarakat untuk bersuara.

Contoh :


Kita ucap tahniah dan syabas kepada Pak Samad kerana telah bertungkus-lumus menjayakan program ini
 


     STRATEGI BERTERIMA KASIH

Penghargaan secara ucapan terima kasih terhadap seseorang yang telah membuat sesuatu kebaikan atau pertolongan

Contoh :


Aku sangat berterima kasih kepada hang, Ali sebab telah membantu aku tadi
 

                                                                                    
     STRATEGI KIASAN

Ujaran yang diucapkan secara tidak langsung untuk menjaga air muka seseorang.

Contoh :


Kalau kamu hendak melakukan sesuatu, kamu mesti bersungguh-sungguh supaya Berjaya, jangat hangat-hangat tahi ayam
 


     STRATEGI BERHEMAH DAN LEMAH - LEMBUT

Menggunakan ujuran yang halus dan tidak kasar untuk membuat teguran atau nasihat supaya pendengar tidak berkecil hati

Contoh :


Oleh sebab Mat telah melakukan kesalahn tu, tak pa lah, benda telah berlaku, nak buat macam mana. Tapi Pak Cik  harap Mat insaf dan bertaubat dan tidak akan buat lagi pada masa akan datang



     STRATEGI KECINDAN

Menggunakan ujuran dalam bentuk jenaka untuk menimbulkan perasaan gembira

Contoh :

Ha! Jangan marah Pak Mat, nanti lekas tua
 

             
     STRATEGI MENYAPA / MENEGUR

Ujaran yang dibuat apabila bertemu dengan seseorang untuk menunjukkan keramahan walaupun telah mengetahui apa yang dibuat oleh seseorang.

Contoh :


Pak Cik ! Baca surat khabar ka ? Boleh saya sembang sikit ?



     STRATEGI UNGKAPAN RABANI

Menggunakan ujaran seperti Bismillah, Alhamdulillah, doa untuk menunjukkan kekuasaan Allah

Contoh :


Bismillahirrahmanirrahim,Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan izinnya dapat kita berjumpa pada majlis ini
 



No comments:

Post a Comment