25 August, 2015

TAJUK 3 : BENTUK dan JENIS KESANTUNAN


KESANTUNAN LISAN

·        Kesantunan dalam komunikasi melibatkan :
        i.            Penggunaan bahasa yang sopan, beradab dan halus
      ii.            Penggunaan bahasa tubuh yang beradab dan bertatasusila

·        Dalam komunikasi lisan penggunaan bahasa dan gerak balas tubuh badan dapat didengar dan dilihat seta-merta
·        Ini bermakna ia dinilai dengan serta merta, dan dapat menimbulkan kesan yang serta-merta juga.
·        Baik budi bahasa kita, baik pula budi bahasa orang yang dilawan bercakap.
·        Buruk budi bahasa kita, buruk pulalah kemungkinannya tindak balas yang terima.


ASPEK-ASPEK KESANTUNAN LISAN 

Dari segi bahasa
*    Ciri-ciri sebutan yang sempurna menunjukkan sikap yang sopan
*    Suara dan intonasi yang sopan
*    Pemilihan kata dan ayat yang sopan dan halus
*    Penggunaan kata sapaan yang betul dan sesuai
*    Penggunaan sistem panggilan yang betul
*    Gaya bahasa yang sesuai
*    Isi perbincangan yang tidak sensitif

Dari segi bahasa tubuh badan
*    Gaya percakapan yang sopan
*    Pandangan mata yang sesuai
*    Gerak laku yang bertatasusila
*    Mimik muka yang positif
*    Hayunan tangan yang sesuai
*    Imej diri

Komunikasi secara lisan
*    Rasmi/ formal-mesyuarat,syarahan, ucapan, pidato, forum dan lain-lain
*    Tidak rasmi/tidak formal – perbualan telefon, perbualan di kedai kopi. Perbualan di majlis kenduri dan lain-lain.
*    Komunikasi lisan secara formal dan tidak formal mempunyai peraturan yang berbeza dari segi pengunaan bahasa, kata panggilan, kata sapaan dan gerak laku
*    Sebagai contoh untuk urusan jual beli di pasar atau di kedai makan masih perlu dijaga kesesuaian penggunaan kata sapaan dan budi bahasa.
*    Dalam keadaan itu lebih baik digunakan sahaja sapaan yang neutral seperti ‘cik’ atau ‘saudari’, ‘encik’ dan ‘saudara’.
*    Orang tua pula belum tentu sesuai disapa dengan panggilan ‘pak cik’ atau ‘ mak cik’ kerana ia mungkin tidak gembira disapa dengan cara itu. Maka, ‘encik’ dan ‘puan’ lebih wajar digunakan untuk menyapa orang berumur yang tidak kita kenal.
*    Pemilihan kata, ungkapan, ayat dan gaya hendaklah sesuai dengan majlis atau urusan agar tujuan dan hajat tercapai dan pada waktu yang sama kesantunan bahasa tetap terpelihara.
*    Dalam semua suasana dan urusan rasmi, kesantunan bahasa hendaklah berasaskan ragam bahasa rasmi , iaitu ragam bahasa yang secara maksimumnya mematuhi peraturan-peraturan bahasa baik daripada sudut linguistik, sosiolinguistik mahupun pragmatiknya.
*    Penutur untuk majlis rasmi perlu menggunakan bahasa yang baik susunannya serta mematuhi sistem bahasa.
*    Bahasa yang digunakan hendaklah menepati adap sopan yang berkaitan dengan sistem sosial.
*    Sebagai contoh, penggunaan kata ganti dan kata panggilan hormat serta pangkat hendaklah menurut sistem yang telah disahkan oleh pihak berkuasa.
*    Kata ganti diri ialah perkataan yang digunakan untuk merujuk diri sendiri seseorang.
*    Secara umum kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga, iaitu kata ganti nama diri orang pertama (tunggal dan jamak), kata ganti nam diri orang kedua (tunggal dan jamak), kata ganti nama diri orang ketiga  (tunggal dan jamak)

*    Masyarakat Melayu menggunakan satu sistem tertentu dan teratur apabila menyapa atau membuat panggilan terhadap seseorang ahli masyarakat. Kata ganti diri dan sapaan di luar keluarga juga digunakan berdasarkan kepada faktor umur,pangkat, atau status dalam masyarakat. 

No comments:

Post a Comment