25 August, 2015

TAJUK 4 : PERATURAN BERBAHASA


TUJUAN DAN MATLAMAT

• sangat berkait rapat dengan latar belakang khalayak seperti ciri-ciri demografi (bangsa atau etnik, agama, budaya, usia, jatina, pendidikan)
• tujuan percakapan seharusnya selari dengan kekhususan topic yang dibicarakan. Contohnya, bidang ilmiah, bidang industry, bidang pemasaran dan lain-lain
• tujuan juga mestilah bertepatan dengan suasana keadaan. Contohnya, tempat berlangsungnya komunikasi, tempoh atau jangka masa
• Dalam percakapan, kita haruslah cakap apa yang penting dahulu kerana ia mungkin mendatangkan kesan yang mendalam kepada seseorang.
• kita juga sepatutnya menilai perkara yang dikomunikasikan

Contoh-contoh:

1. Perkara yang penting dan menimbulkan sesuatu kesan terhadap orang lain
-Kita hendak memberitahu seseorang bahawa sesuatu buruk telah berlaku. Perkara tersebut harus diberitahu secepat mungkin

2. Perkara yang penting tetapi tidak segera.
-Kita hendak memberitahu kawan kita bahawa gambar yang diambil bersama-sama telah siap dicuci. Kita boleh memilih masa yang sesuai untuk memberitahu mereka.

3. Perkara yang tidak penting
-Kita boleh menyampaikan sesuatu yang tidak penting semasa berbual-bual pada masa lapang. Kita boleh memilih keadaan yang ‘relaks ‘ untuk memberitahu sesuatu yang tidak penting.


GILIRAN BERCAKAP

• Masyarakat Melayu sangat mementingkan giliran bercakap
• Masyarakat Melayu lebih mendahulukan orang-orang tua semasa dalam perbualan
• pola giliran digunakan agar percakapan dapat diangsungkan sekata dalam kata lainnya setiap orang yang terlibat mendapat giliran yang sama untuk berbicara

• Contoh pola giliran
“Menurut pandangan kamu bagaimana?”
“Mungkin anda memiliki gagasan lain?”
• Pengalihan pembicaraan ke topik lain sering terjadi kerana adanya kaitan antara satu masalah terhadap masalah yang lain atau satu topic terhadap topic yang lain.

• Contoh ungkapan pengalihan topik dalam bentuk formal:
Mungkin ada kaitannya dengan…
Mungkin agak menyimpang, tetapi…
Persoalan ini berkaitan juga dengan masalah…

• Contoh semasa menyangguh pendapat yang berbeza dengan pendapat kita:
a) Berikan permohonan maaf dahulu
b) Nyatakan kesan mendukung gagasan akan disangguh sebelum menjelaskan kekurangannya
c) Ungkapkan kekurangan dengan perkataan berpekerti dan tidak menyinggung
d) Beri alasan yang logik

Aturan giliran bercakap mengikut abad dan tataterbit:

 Dalam KELUARGA
1. datuk dan nenek (Ahli keluarga yang paling tua dan berpengalaman)
2. Ibu atau bapa.
3. Kakak atau abang lebih besar
4. Pihak khususnya adik

DI SEKOLAH
1. Pengetua atau Guru Besar
2. Penolong kanan sekolah
3. Ketua unit atau jabatan
4. Para pensyarah atau guru
5. Wakil pelajar, khususnya ketua pengawas sekolah
6. Para pelajar

No comments:

Post a Comment