24 August, 2015

TAJUK 1 : KONSEP BUDI BAHASA

PENGERTIAN BUDI
  • Menurut Zaidi Daud (1996), budi  iaitu sifat yang menggambarkan peribadi insan yang mulia.
  • Menurut Kamus Dewan (2005), budi ialah akal dan bijaksana atau perangai, akhlak, tingkah laku, watak, atau sifat baik, perbuatan baik, kebajikan, bicara dan daya upaya yang baik. Pengertian ini membawa maksud budi ialah kebaikan atau kebijaksaan yang dilakukan oleh individu atau kumpulan terhadap individu atau kumpulan lain.
  • Menurut Islam budi ialah adab, sopan santun yang menggambarkan seseorang yang berakhlak dan beriman. 
  • Imam Al-Ghazali (2002) dengan menjelaskan bahawa budi pekerti berasakan kepada pertimbangan akal, hawa nafsu dan marah.
  • Mustafa Haji Daud (1995), menjelaskan perkataan budi apabila ditambah dengan awal “ber” menjadi berbudi atau “man” di akhirnya menjadi budiman, akan membawa maksud seseorang yang mempunyai daya ikhtiar yang tinggi, matang, bijaksana dalam membuat sesuatu keputusan dan yang paling penting banyak menabur jasa dan bakti.
Bagi masyarakat Melayu, perkataan budi itu membawa maksud jasa dan sumbangan yang diberikan kepada individu yang lain. Kesimpulannya, budi merupakan tingkah laku individu yang baik, sopan santun, berakhlak terpuji dan berwatak insan mulia serta mempunyai akal fikiran yang waras.



PENGERTIAN BAHASA
  • Kamus Dewan (2002), menjelaskan maksud bahasa ialah sistemlambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia, dan percakapan yang baik, tingkah laku yang baik, dan sopan santun.
  • Ferdinand de Saussure (1960), seorang sarjana linguistic Swiss menyatakan bahasa merupakan satu sistem isyarat yang abstrak yang mempunyai struktur tertentu yang digunakan untuk berinteraksi dalam masyarakat.
  • Menurut Noam Chomsky (1957), bahasa mengandungi satu set ayat yang tidak terhingga dan tidak terbatas yang terbentuk daripada unsur bahsa yang dikenali sebagai fenom.
  • Menurut Asmah Hj. Omar (1986) , bahasa merupakan bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat ujaran yang terdapat dalam rongga mulut dan rongga tekak manusia.
  • Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985), mendefinisikan bahasa sebagai alat untuk menyatakan perasaan, pendapat, fikiran dan sebagainya.
  • Edward Sapir  menjelaskan bahasa ialah suatu sistem lambing-lambang pertuturan yang digunakan oleh manusia secara arbitrari untuk menyampaikan fikiran dan perasaan.
  • Raja Mukhtaruddin yang berpendapat bahawa ahli-ahli bahasa terlebih dahulu mendefinisikan bahasa sebagai suatu sistem lambing-lambang pertuturan yng arbitrari yang digunakan oleh ahli-ahli sesebuah masyarakat.
  •  Lutfi Abas (1985), mendefinisikan bahasa ialah data yang dianalisis dalam linguistik. Bahasa ialah suatu sistem simbol-simbol yang terdiri daripada bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia , yang dipersetujui bersama dipelajari oleh sekelompok manusia dan dengan symbol-simbolnya pula sekelompok manusia itu berkomunikasi .


PENGERTIAN BUDI BAHASA

Pengertian budi bahasa ini meliputi tutur kata, tingkah laku, pemikiran dan perasaan seseorang individu atau masyarakat.
  • Menurut Kamus Elektronik Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Budi bahasa merangkumi pekerti, akhlak, watak dan kelakuan yang baik, sopan, pemurah dan sebagainya yang disebut sebagai nilai-nilai murni.
  • Berbudi bahasa juga membawa erti berbudi melalui bahasa atau bahasa sebagai budi. 
  • Dalam islam, budi bahasa dimaksudkan sebagai akhlak atau peribadi yang mulia.

  • Budi bahasa juga cerminan budaya .

3 comments: