25 August, 2015

TAJUK 4 : PERATURAN BERBAHASA


JARAK SOSIAL

·        Keadaan di mana seseorang atau masyarakat yang berbeza tingkat peradabannya dengan orang lain atau masyarakat lain meskipun pada dasarnya berada dalam zaman atau masa yang sama.
·        Perbezaan di dalam masyarakat menunjukkan adanya lapisan yang tinggi dan lapisan di bawah.
·        Setiap lapisan tersebut disebut starata social
·        Sebagai perbezaan kelompok-kelompok masyarakat secara horizontal berdasarkan jarak peradabannya.
·        Jarak peradaban ini muncul kerana adanya perbezaan dalam ilmu pengetahuan kemajuan yang dimiliki seseorang atau masyarakat terhadap kemajuan dan pengetahuan orang atau masyarakat lainnya.


KONTEKS PERCAKAPAN

Menurut Brown dan Yule (1983), mengalisis wacana semestinya menggunakan pendekatan pragmatic pemakaian bahasa.

Dalam setiap interaksi verbal selalunya terdapat beberapa faktor yang mengambil peranan dalam sesuatu peristiwa itu, misalnya penutur, pokok percakapan, tempat bicara, dan lain-lain


        I.            PENUTUR DAN PENDENGAR

·        Penutur dan pendengar yang terlibat dalam peristiwa percakapan disebut peserta. Berkaitan dengan peserta, yang perlu diperhatikan adalah latar belakang sosial, budaya dan lain-lain. Mengetahui latar belakang peserta pada suatu situasi akan memudahkan untuk menginterpretasikan apa yang hendak dituturkan penuturnya. Hal ini kerana makna wacana tertentu akan mempunyai makna yang berbeza jika dituturkanoleh penutur yang berbeza latar belakang.
·        Contohnya : kulitnya gebu sekali


      II.            TOPIK PEMBICARAAN

·        Dengan mengetahui topik pembicaraan, pendengar akan sangat mudah memahami isi wacana, sebab topik pembicaraan yang berbeza akan menghasilkan bentuk wacana yang berbeza pula. Di samping itu, penutur dan pendengar menangkap dan memahami makna wacana berdasarkan topic yang sedang dibicarakan
·        Contohnya : kata “kupu-kupu”


    III.            LATAR PERISTIWA

·        Latar peristiwa mungkin merupakan tempat, keadaan psikologi penutur dan pendengar, atau semua hal yang melatari terjadinya peristiwa percakapan.
·        Contohnya : ‘pertengkaran yang beremosi hanya berlaku di dalam gelanggang badminton sahaja’

   IV.            PENGHUBUNG

·        Medium untuk menyampaikan perihal percakapan
·        Untuk menyampaikan maklumat, seorang penutur dapat menggunakan penghubung dengan bahasa lisan atau tulisan
·        Ujaran lisan secara langsung atau tidak langsung

     V.            LARAS BAHASA

·        Penutur dan pendengar harus dapat memilih laras bahasa yang sesuai berdasarkan situasi dan keadaan serta dapat menjiwai perasaan tentang perkara yang dituturkan.
·        Amatlah ganjil jika ragam bahasa baku diguna pakai dalam urusan tawar menawar di pasar borong. Juga terasa aneh jika ragam tidak baku digunakan dalam acara rasmi seperti penyampaian kuliah akademik

   VI.            BENTUK PESANAN DAN MAKLUMAT

Haruslah tepat kerana bentuk pesan dan maklumat bersifat fundamental Maklumat tidak sampai sekiranya pendengarnya bersifat  umum dan terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat maka bentuk pesanan dan maklumat haruslah juga bersifat umum
Jika pendengarnya terdiri daripada kelompok yang bersifat khusus atau hanya daripada satu lapisan masyarakat tertentu maka bentuk pesanan dan maklumatnya pula haruslah bersifat khusus

Contohnya :” seseorang yang menyampaikan informasi tentang ilmu sains haruslah berbeza dengan seseorang yang menyampaikan huraian tentang ilmu sejarah”

No comments:

Post a Comment