25 August, 2015

TAJUK 5 : STRATEGI KESANTUNAN


·        Strategi kesantunan terbahagi kepada 4 element :
                                i.            Strategi kesantunan verbal
                              ii.            Strategi kesantunan non-verbal
                            iii.            Strategi kesantunan lisan
                            iv.            Strategi kesantunan penulisan


STRATEGI KESANTUNAN VERBAL

Ø Merupakan kesantunan yang diperlihat dari segi lisan atau bukan bertulis
Ø Dalam strategi kesantunan verbal, kerapkali bahasa halus digunakan dalm ungkapan bertatasusila. (contoh : terima kasih, jemput duduk, sila masuk, minta kerjasama)
Ø Bahasa halus yang digunakan haruslah disertakan dengan intonasi yang bersesuaian gengan penggunaan nada pengucapan yang rendah, lembut walaupun sewaktu menyindir agar tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak.
Ø Dalam pada masa yang sama, kesantunan bahasa juga dilihat daripada penggunaan kata panggilan/rujikan kehormat yang betul dan sesuai.kesilapan penggunaan kata panggilan menyebabkan individu berkenaan tersingging/marah.
Ø Dalam Bahasa Melayu, pengggunaan kata ganti nama diri berkait rapat dengan bentuk sapaan untuk member penghormatan dan kemuliaan kepada seseorang.
Ø Contoh : adalah menjagi satu kesalahan sekiranya kita memanggil pensyarah yang berpangkat doktor falsafah dengan panggilan encik.


STRATEGI KESANTUNAN NON - VERBAL

Ø Merupakan bahasa komunikasi bukan lisan yang hanya melibatkan isyarat tangan, air muka dan gerakan badan.
Ø Kesantunan non-verbal lebih melambangkan personality, tujuan dan status sosial seseorang
Ø Komunikasi yang disertakan dengan bahasa tubuh tampak lebih berkesan dan memudahkan penyampaian mesej dengan lebih jelas.

Ø Contoh :
                                i.            gerakan mata yang meliar menuntukkan seseorang itu tidak berminat dengan apa yang disampaikan kepadanya.
                              ii.            Mata dan dahi yang berkerut menunjukkan seseorang itu berminat tetapi tidak percaya dengan mesej yang disampaikan.
                            iii.            Bercakap tanpa melihat mata melambangkan personaliti seseorang itu yang pemalu.

Ø Jelaslah mimic muka individu menggambarkan pelbagai maksud yang tersirat dan dapat diterjemahkan.
Ø Air muka dapat menggambarkan emosi, perasaan, harapan individu.
Ø Dalam masyarakat Melayu, interaksi tidak selalunya bergantung kepada pemilihan perkataan dan struktur ayat tetepi lebih menekankan kepada cara perkataan/frasa itu diungkapkan dan gerakan badan yang melibatkan air muka, isyarat tangan serta gaya dan posture badan individu.

Ø Sebagai contoh :

1.       Anak orang Melayu acap kali diajar menggunakan tangan kanan ketika memegang makanan, member dan menerima sesuatu. Jika tangan kiri digunakan ia tidak menjadi kesalahan tetapi perbuatan tersebut tidak sopan malah ia tidak selari dengan ajaran Islam.


2.     Apabila hendak melintas dihadapan orang yang lebih berusia, masyarakat Melayu diajar meminta izin terlebih dahulu dengan disertakan ungkapan “minta lalu”. Komunikasi lisan tersebut juga boleh diganti dengan perlakuan bukan verbal dengan menundukkan kepala dan membongkokkan badan ketika melintasi lalu sambil meluruskan tangan kebawah.

No comments:

Post a Comment