(PENJAGAAN MUKA SEBAGAI ASAS KESANTUNAN )
DEFINISI
· Muka dalam
masyarakat melayu merujuk kepada air muka
(Asmah, 2000:101)
(Asmah, 2000:101)
· Air muka dalam
bahasa melayu pula membawa maksud,
ü Rupa, wajah
seseorang
ü Maruah
seseorang
· “penjagaan muka”
pula bermaksud menjaga/mengawal mimic muka agar tidak menyinggung perasaan
orang lain dalam pada masa yang sama dapat menjaga maruah diri.
Penjagaan muka sangat berkait rapat dengan maruah diri sehinggakan
wujudnya pelbagai peribahasa (seperti dibawah) yang membawa maksud “tidak tahu
malu”.
i.
Muka bantal
ii.
Muka papan
iii.
Muka tembok
Penjagaan muka merupakan satu lambang kepada perasaan dalaman
seseorang yang dipaparkan melalui mimik muka seseorang individu. Akan tetapi,
tidak semua air muka dapat dibaca. Mimik muka terukir apabila wujudnya perasaan
dalaman yang tidak terluah/tidak terungkap berpunca daripada beberapa factor
yang berlaku dalam persekitaran yang menyebabkan ia sukar ditafsir secara
lisan.
KOMUNIKASI SILANG BUDAYA
· Melibatkan
penglibatan individu daripada latar budaya yang pelbagai (contoh : bangsa, ras,
etnik, jantina, bangsa, agama, tingkat pndidikan, status social)
· Air muka
memainkan peranan utama dalam komunikasi silang budaya
· Air muka boleh
mengubah pandangan seseorang terhadap kita. Ia sama ada akan bertukar menjadi
lebih +ve atau bertukar menjadi lebih –ve berdasarkan mimik muka yang kita
tunjukkan.
· Oleh itu, kita
perlu lebih berhati-hati dalam meluahkan air muka kerana kita hidup dalam
Negara yang mempunyai pelbagai rupa bangsa.
· Sebagai contoh,
kita sewajarnya menunjukkan muka yang manis ketika berkomunikasi / bertegur
sapa dengan orang lain.
· Dalam erti kata
lain, air muka merupakan pandangan pertama masyarakat kepada kita.
RISIKO DALAM KOMUNIKASI AIR MUKA
· Penjagaan air
muka adalah sangat penting agar tidak berlaku salah faham antara sama sendiri
seterusnya menghalang perpaduan.
· Sebagai contoh,
negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa ia tidak sepatutnya
menjadi alasan kepada terbinanya tembok yang menghalang perpaduan kaum.
KESIMPULAN
1. Konsep
penjagaan muka adalah asas kesantunan yang merupakan kunci utama yang akan
menyumbang kepada perpaduan negara.
2. Oleh itu, ayuh
mempraktikkan konsep ini dalam kehidupan supaya ia asas kepada kesantunan
masyarakat dan negara.
No comments:
Post a Comment