24 August, 2015

TAJUK 2 : KESANTUNAN BERBAHASA

KONSEP KESANTUNAN

·        Kesantunan mencerminkan nilai kesopanan yang halus

·        Orang yang santun tergambar nilai sopan santun atau nilai etiket pada dirinya semasa berkomunikasi dengan ahli masyarakat

·        Kesantunan sangat kontekstual

·        Nilai kesantunan berlaku pada tempat , atau situasi tertentu , tetapi belum tentu berlaku dalam masyarakat , situasi dan tempat lain . Misalnya , penggunaan kata-kata yang agak kasar boleh berlaku dalam pergaulan rakan-rakan karib , tetapi tidak sopan jika digunakan terhadap rakan yang baru dikenali . Penggunaan kata ganti ‘aku’ dalam perbualan dengan ibu bapa biasa digunakan dalam masyarakat Cina , tetapi tidak sopan dalam bagi masyarakat Melayu .

·        Kesantunan selalu berlaku dalam hubungan dua pihak

·        Misalnya antara anak dan orang tua , antara orang yang masih muda dan orang yang lebih tua , antara tuan rumah dan tamu , antara lelaki dan wanita , antara murid dan guru , dan sebagainya . Seorang anak sentiasa akan menghormati dan berbahasa santun dengan ibu bapa . Namun mungkin  tidak berlaku jika anak ini berkomunikasi dengan rakan-rakan sebaya , ada ketikanya komunikasi dalam bentuk bahasa kasar .

·        Kesantunan tercermin dalam setiap aspek kehidupan

·        Misalnya cara berpakaian (berbusana) , cara bekerja , cara bertutur , cara makan , cara belajar, cara berpolitik dan lain-lain .



TAKRIF KESANTUNAN DARIPADA TOKOH-TOKOH DUNIA

·        Menurut Asmah Haji Omar (2000) , kesantunan mengikut perspektif Melayu ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran , kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar .


Kesantunan terbahagi kepada dua :

        i.             Kesantunan asas – kesantunan sedia ada yang merupakan pedoman bagi masyarakat berhubungan antara satu sama lain

      ii.                      Kesantunan berkala – kesantunan yang menggambarkan ucapan yang dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan antara satu sama lain bergantung kepada keadaan , situasi dan tempat tertentu.

·       Leech (1983) , menginterpretasikan kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran dlam sesuatu interaksi .

·        J . Ferguson dan Das Gupta (1968) , pula menyatakan kesantunan itu berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik .

·        Menurut hamka , Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada pakaiannya. Kata-kata yang lembut dan beradab dapat
melembutkan hati manusia yang keras.

Jadi, konsep kesantunan tidak lengkap jika perbincangannya terbatas kepada aspek berbahasa dan perlakuan semata-mata, jika tidak dikaitkan dengan konsep keikhlasan.
Seseorang itu boleh menuturkan kata-kata yang indah atau menunjukkan tingkah laku yang sopan dalam sesuatu situasi, tetapi perlakuan itu belum menggambarkan
keikhlasannya.

Jadi kesantunan ialah perlakuan yang sopan dan berbudi bahasa semasa berkomunikasi bagi menghormati individu lain. Kesantunan berbahasa merangkumi kesopanan
dan kehalusan ketika menggunakan bahasa, baik dalam bentuk lisan atau tulisan

·        Menurut Aristotle .kketinggian darjat seseorang diukur melalui akar dan adabnya , bukan keturunannya . Tambahannya lagi , adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum . Hal ini bermaksud kesantunan memainkan peranan yang sangat penting dinilai terhadap seseorang individu bagi menentukan seseorang itu berakhlak terpuji atau mempunyai akhlak yang tercela

·        Menurut Khalifah Abdul Malik Marwan , semulia-mulia manusia ialah seorang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi , memaafkan orang lain ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat . Hal ini merujuk kepada kesantunan yang perlu ada kepada pemimpim masyarkat

·        Lakoff (1975) memdefinisikan kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi yang berlaku sama ada secara verbal atau nonverbal.

·        Fraser & Nolan (1975) mendefinisikan kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni dalam komunikasi

No comments:

Post a Comment