28 August, 2015

Tajuk 6

1. ISU - ISU PENDIDIKAN

Seorang guru disiplin berusia 40-an dibelasah sekumpulan pelajar lelaki tingkatan 5 di alor setar dek kerana guru terbabit bertindak pelajar tersebut kerana lewat menghandiri perhimpunan sekolah. Pelajar terbabait yang bertindak memprotes telah membuat bising didalam kelas sebelum guru terbabit bertindak naik untuk melihat apa yang sedang berlaku. Sumber daripada saksi berkata guru tersebut yang cuba meleraikan permasaalah telah ditolak kepalanya dan dikasari sebelum dibelasah sekumpulan pelajar samseng takkala pelajar lain hanya mampu melihat kejadian itu sahaja. Perbalahan hanya dapat dileraikan dengan bantuan guru lain.


2. ISU MEDIA

penggunaan televisyen sudah menjadi sebahagian daripada keluarga di kebanyakkan rumah kediaman di Malaysia. Boleh dikatakan hampir semua isi rumah memiliki sekurang-kurangnya sebuah televisyen. umumnya televisyen merupakan medium utama komunikasi. Bahkan ia juga mampu mempengaruhi cara seseorang berfikir dan kehidupan berbudaya. Jelaslah televisyen sangat menyumbangkan impak besar dalam kehidupan seharian kita. Hal ini kerana, boleh dikatakan hapir setiap anggota masyarakat menghabiskan masa mereka dihadapan skrin kaca ini. Daripada itu, media massa ini juga mempunyai tanggungjawab social yang besar terhadap keperluan masyarakat akan tetapi ini hanya boleh dilaksanakan sekiranya televisyen dapat memaparkan maklumat visual yang memenuhi citra tempatan dan tidak membelakangkan budaya luhur. Kegagalan melaksanakan akan menyebabkan kegagalan mempengaruhi cara berfikir dan embentuk sahsiah Muslim yang terbaik. Kesedaran mendalam bahawa televisyen juga boleh mendatangkan kesan negative kepada masyarakat, pemantauan dari semasa ke semasa perlu diperketatkan supaya apa yang dihidangkan bukan sekadar hiburan sema-mata malah turut mendidik masyarakat dalam pelbagai ilmu. 



3. ISU TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Definisi

Ø Tidak terhad kepada internet dan computer tetapi ia juga melibatkan televisyen, telefon, fax, telegram, PDA, satelit.
Ø Merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data
Ø Penggunaan computer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.


Fungsi – fungsi ICT

Ø Membantu pengurusan pendidikan
Ø Mengawal, mengelola, merancang dengan lebih berkesan dan lebih cekap.
Ø Pendidikan jarak jauh dapat dilakukan
Ø Banyak bahan-bahan ditukar kepada bit-bit dalam komputer
Ø Pemindahan kewangan
Ø Menjalankan aktiviti perbankan dan pasaran


Peranan ICT

Ø Membantu bekerja lebih pantas
Ø Membuka minda
Ø Menghubungkan dua nadi suria walaupun berkilometer jauhnya



Isu –isu kesantunan berbahasa dalam penggunaan ICT

Ø Penggunaan bahasa yang suka maki hamun, membangga diri, menfitnah, memprovokasi, mengejek dan merendahkan orang lain berleluasa menyebabkan penghapusan budaya ketimuran dan menggambarkan citra dan peribadi bangsa yang negatif.
Ø Para remaja membahasakan orang yang lebih tua dengan kata ganti “awak”,”engkau”, “kamu” yang dianggap kasar dan kuran beradab.
Ø Wujudnya bahasa rojak menjejaskan imej pemartabatan bahasa kebangsaan kita.
Ø Para remaja kurang menghormati orang yang lebih tua dek kerana terlalu terdedah dengan drama – drama barat.


Jenayah melibatkan ICT

Ø Jenayah siber
Ø Pengodaman maklumat
Ø Penyebaran bahan-bahan pornografi
Ø Wujudnya budaya plagiarism


Langkah-langkah mengatasi isu kesantunan berbahasa dalam ICT

Ø Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak menggunakan bahasa yang betul semasa berinteraksi dalam media social.
Ø Pihak sekolah hendaklah menekankan penggunaan bahasa yang betul.
Ø Kerajaan hendaklah sentiasa mengadakan kempen kesedaran tentang penggunaan bahasa yang betul.
Ø Dewan Bahasa dan Pustaka hendaklah mengeluarkan garis panduan penggunaan bahasa yang betul.


4.GEJALA PONTENG SEKOLAH

· Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah.


Punca

i.      pelajar ponteng yang telah dikenal pasti  ialah kurang berminat terhadap pengajaran
       dan pelajaran di sekolah.
ii.    Pelajar juga ponteng kerana mereka lebih mementingkan keseronokan daripada
       pelajaran
iii.    Kurangnya kasih sayang serta pemantauan daripada ibu bapa
iv.    Pengaruh rakan sebaya
v.     Mencari keseronokkan
vi.    Peraturan sekolah yang terlalu ketat
vii.   Tekanan ekonomi


Kesan ponteng sekolah

·        Pembaziran masa dan tenaga
·        Masyarakat memandang serong kepada pelajar
·        Masa depan tidak terjamin
·        Menjejaskan peratus kedatangan pelajar


Kesan gejala ponteng sekolah kepada guru

·        Merasa kerugian kerana tidak dapat memberi setaraf dengan pelajar lainnya kepada pelajar yang kerap ponteng sekolah dan akibatnya memberi  kesan kemerosotan terhadap corak pengajaran dam pembelajaran di sekolah
·        Menganggu proses pembelajaran pelajar-pelajar lain dan merumitkan lagi tugas seorang guru kerana terpaksa mencuri masa  untuk mengulang kembali pelajaran yang tertinggal serta tidak difahami oleh pelajar ponteng
·        Pelajar ponteng sering menganggu kelas dan pelajar lain serta memburukkan pencapaian mata pelajaran iaitu melibatkan keseluruhan tahap pencapaian bagi sesuatu pelajaran tertentu


Cara mengatasi masalah ponteng sekolah

·        Pelajar-pelajar diberikan motivasi kesedaran diri
·        Ibu bapa memberikan perhatian kepada persekolahan anak-anak
·        Pihak sekolah sentiasa memantau kehadiran pelajar ke sekolah
·        PIBG juga membantu sekolah
·        Masyarakat prihatin terhadap isu ini.
·        Kempen “Sekolahku, Syurgaku” dijalankan sepanjang tahun
·        Pihak polis membantu pihak sekolah
·        Guru mempraktikkan pegajaran dan pembelajaran yang menarik


IV.ISU SIKAP IBU BAPA DAN MASYRAKAT




5. SIKAP IBU BAPA


Dera anak perempuan lima tahun separuh mati, reman ibu bapa dilanjut (kes 1)

·        Perintah reman terhadap ibu bapa kanak-kanak berusia lima tahu yang disyaki didera dan kini dirawat di unit rawatan rapi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRP B), dilanjutkan tiga hari lagi sehingga Rabu, kes dera anak
·        Perintah sambungan reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret Puteri Nor Dina Kamalaudin hari ini bagi membolehkan polis melengkapkan siasiatan terhadap kes berkenaan 


 Ustazah biar suami rogol anak didakwa (kes 2)

Ø 3 tuduhan bersubahat dengan suaminya mencabul dan merogol anak perempuannya yang berusia 15 tahun di kediaman mereka
Ø Wanita itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang diberikan oleh hakim
Ø Dia turut didakwa atas bersubahat bagi tuduhan ketiga memujuk mangsa sama dengan membenarkan suaminya mencabul kehormatan gadis itu
Ø Timbalan Pendakwa Raya tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertudup dengan alasan kesalahan serius dengan mengambil kira usia mangsa yang masih di bawah umur ketika kejadian
Ø Suami ustazah yang bekerja sebagai pemandu lori  men gaku tidak bersalah
Ø Merogol anak tirinya itu tanpa kerelaannya dan melakukan kekerasan jenayah dengan mencabul kehormatannya
Ø Juga tidak ditawarkan sebagi jaminan


IBU BAPA BUNUH ANAK SENDIRI, GAGAL CUBAAN BUNUH DIRI

ü Dua ibu bapa terselamat daripada cubaan bunuh diri
ü Seorang anak perempuan mereka berusia lima tahun meninggal dunia ketika pasangan itu cuba bunuh diri mereka sendiri serta dua anak mereka
ü Bapanya pernah untuk mencuba bunuh diri kali pertama di kediaman mereka dengan membakar arang di dalam bilik tidur tetapi tidak berjaya
ü Keesokkan harinya , pasangan ibu bapa itucuba membunuh diri lagi.
ü Kali ini mereka berjaya membunuh anak perempuan mereka
ü Anak perempuan mereka itu dipercayai meninggal dunia semasa percubaan kali kedua
ü Mayat anak perempuannya itu , ditemui selepas guru tadikanya memberitahu ibu bapa kepada rakan sekelasnya untuk memeriksa muridnya yang  tidak hadir ke sekolah selama lima hari
ü Ibu bapa rakan sekelas dan anak lelakinya pergi ke apartmen dan menekan loceng tetapi tidak ada yang menjawab
ü Anak lelaki pasangan yang cuba membunuh diri berusia tujuh tahun membuka pintu dan memberitahu mereka bahawa kakaknya telah mati .
ü Ibu bapa rakan sekelas kemudiannya  menghubungi polis
ü Siasatan mendapati bahawa keluarga itu menghadapi masalah kewangan
ü Bapanya seorag kontraktor sudah tidak bekerja hampir sebulan


IBU PELAJAR TAMPAR GURU

o   Berlaku di bilik pengetua sekolah berkenaan selepas ibu pelajar tersebut gagal menahan emosi lalu  menampar pipi lelaki berusia 26 tahun
o   Guru  matematik tersebut didakwa telah menampar pelajar tersebut selepas mendapati dia membuat bising di luar kelas sehingga mengganggu  pelajar  lain
o   Wanita 40 tahun tersebut mengenai kejadian itu selepas  deimaklumkan oleh anaknya selepas pulang dari sekolah.



CARA-CARA MENANGANI ISU IBU BAPA DAN MASYARAKAT DALAM KESANTUNAN

KERAJAAN
1)      Kerajaan haruslah mengutkuasakan undang-undang
Ibu bapa atau penjaga yang cuai dalam penjagaan anak mereka boleh didakwa di mahkamah mengikut Akta Kanak-Kanak 2011

2)    Pihak kerajaan haruslah memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah ini yang disebabkan oleh keruntuhan kesantunan dan budi bahasa. Pihak kerajaan harus mengenakan hukuman yang berat kepada mereka yang membuang sampah sesuka hati kerana hilang kesantunan dan budi bahasa. Sebagai contohnya, pihak kerajaan harus meningkatkan kompaun atas masalah pembuangan sampah-sarap sesuka hati ini. Selain itu, pihak keraajaan harus menjatuhkan hukuman penjara dan mencaci mereka yang membuang sampah –sarap sesuka hati supaya masyarakat akan melihat kebejatan masalah ini dan supaya mereka yang terjebak dalam masalah ini akan membuka mata dan balik ke pangkal jalan.


KELUARGA
1)      Mengawal emosi diri sendiri
2)    Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
3)    Sentiasa ambil tahu perkara mengenai anak –anak mereka sama ada di sekolah di luar rumah ataupun di rumah
4)   Meluangkan masa menemani anak-anak mereka dan mendidik anak-anak mereka
5)    Memberi kasih sayang kepada anak-anak mereka



6.ISU PERTEMBUNGAN BUDAYA

Pertembungan tak berlaku sekiranya budaya yang mempengaruhi tidak mendapat tentangan dari budaya yang pengaruh.
·        Contoh Pertembungan Budaya

Seorang pelajar Malaysia dan Jepun sedang menaiki satu pesawat menuju satu destinasi yang sama. Pramugari menghidangkan makan tengah hari beserta pisang sebagai pencuci mulut.

Pelajar Malaysia dengan selamba membuka pisang tersebut dan terus menyuap ke dalam mulutnya.Pelajar Jepun ternganga melihat tingkah laku pelajar Malaysia tersebut.

Pelajar Malaysia kehairanan.Pada pendapatnya, tidak ada sebarang kesalahan atau sesuatu yang pelik telah dilakukannya. Beliau memberitahu pelajar Jepun beginilah cara masyarakat Malaysia makan pisang.

Pelajar Jepun menunjukkan bagaimana cara masyarakat mereka menikmati pisang. Beliau membuka sebiji pisang perlahan-lahan.Pisang itu diletakkan di atas sebuah pinggan.Pelajar itu memotong sedikit pisang itu menggunakan pisau.

Harga sebiji pisang amat mahal di Jepun dan dianggap makanan mewah. Mereka hanya sekali sekala sahaja akan makan pisang.Perbezaan sebeginilah yang dipanggil pertembungan budaya



ISU-ISU YANG DIPENGARUHI

·        CARA PERCAKAPAN

Pada masa kini, banyak bahasa barat telah campur kepada bahasa kita. Contohnya, "Malam ini kita pergi dinner.".Ini membuktikan betapa hebatnya pengaruh barat terhadap kita. Bahasa melayu kita yang kita sering gunakan sekarang sudah "bercampur" dengan bahasa dari barat menjadi satu cara percakapan yang baru. 

Sebenarnya, ini bukan merupakan sesuatu yang buruk, kerana bahasa barat lebih biasa digunakan. Namun cara percakapan yang kasar turut dicampur ke dalam bahasa melayu kita. Terutamanya golongan remaja yang menganggap bahasa barat yang kasar itu sesuatu yang dapat membesarkan maruah diri sendiri dan mereka tidak tahu bahawa itu akan menjatuhkan maruah diri mereka.
Sebenarnya, kita perlulah menjaga imej bangsa kita melalui cara percakapan kita. Selain itu, ini jugalah untuk meneruskan tradisional kita dan supaya bahasa Melayu dapat terus digunakan oleh bangsa kita pada masa akan datang.

·        HEDONISMA

Budaya yang berasal dari negara Barat ini sebenarnya merupakan barah yang kini semakin mengancam jiwa remaja di Malaysia pada masa kini. Bukan begitu sahaja, ia mampu merapuhkan adat berbudi bahasa yang merupakan pegangan hidup masyarakat Malaysia pada suatu masa dahulu. Budaya ini begitu cepat menular di kalangan remaja yang terpengaruh dengan keseronokan dan aktiviti yang dianggap dapat menghilangkan rasa bosan terutama remaja di bandar besar.Dengan kemunculan pelbagai pusat hiburan dan kebebasan media yang tidak dikawal ketat, hedonisme merebak dengan pantas tanpa disedari mereka.Keadaan bertambah buruk apabila penyalahgunaan dadah begitu berleluasa. Ini termasuk penggunaan pil Eecstasy yang banyak digunakan oleh remaja kota. Selain itu, peningkatan kelahiran anak luar nikah dan kes pembuangan bayi adalah akibat gejala negatif di kalangan remaja yang terpengaruh dengan hedonisme.

Budaya Hedonisme dibawa masuk dari budaya barat dan seterusnya memudaratkan budaya masyarakat tempatan di Malaysia.Punca gejala ini timbul akibat kurang didikan agama.gejala negatif di kalangan belia terutama remaja Islam. Didikan agama yang dimaksudkan ialah pendidikan yang dapat membentuk ketahanan dalaman generasi muda untuk menangkis sebarang gejala negatif yang disogokkan kepada mereka.

·        FESYEN BARAT

Fesyen barat dikaitkan dengan meniru fesyen terutamanya dari segi pemakaian.Sebagai contoh, memakai pakaian yang terdedah atau tidak menutup aurat yang boleh menimbulkan pelbagai perspeksi dalam kalangan masyarakat. Fesyan barat sememangnya mempamerkan imej yang tidak senonoh dan seksi.Salah satu punca seseorang meniru fesyen-fesyen barat ialah mereka mengamalkan gaya hidup moden.Gaya hidup moden biasanya diamalkan di bandar bagi sesetengah golongan masyarakat. Meraka lebih suka mengikut fesyen terkini seiring dengan arus pemodenan dan globalisasi.Bagi mereka pakaian tradisional dianggap lapuk di telan zaman.  Seseorang yang meniru ciri-ciri pemakaian barat secara tidak langsung dipandang rendah oleh masyarakat.Hal demikian disebabkan oleh imejnya yang seksi, terdedah dan terlalu menjolok mata tidak dapat diterima oleh masyarakat.Golongan yang meniru budaya pemakaian barat dianggap tidak mempunyai identiti yang tulen dan asli.

·        MAKANAN & MINUMAN BARAT

Pengaruh makanan dan minuman barat semakin berleluasa di masyarakat kita sehingga ia menjadikan masyarakat seolah-olah lupa akan makanan dan minuman yang menjadi identiti keperibadian bangsa. Pengaruh makanan dan minuman barat telah menguasai minda masyarakat kita. Walaupun makanan dan minuman barat tidak bercanggah dengan agama, tetapi secara tidak langsung ia telah berjaya mengikis jatidiri belia remaja. Contohnya isu makanan, walaupun ia merupakan isu kecil, tetapi dominasi makanan segera telah menenggelamkan makanan tradisi masyarakat hari kini. Belia remaja kita lebih mengenal makanan dan minuman keluaran barat daripada masakan tradisi yang turun-temurun masyarakat dahulu.Kami boleh terdapat pelbagai jenama makanan di mana-mana bandar di Negara kita seperti Mc Donald, KFC, Pizza Hurt dan lain-lain manakala minuman seperti Pepsi, Coca-Cola, Seven-Up dan lain-lain. Belia remaja merasakan pengambilan makanan dan minuman segera merupakan satu lambang cara hidup yang moden. Sebenarnya ia akan menyebabkan masakan tradisi semakin pupus dan belia remaja kehilangan identiti keperibadian bangsa.

·        PERGAULAN BEBAS

Terdapat beberapa faktor yang menjadi penyebab masalah pergaulan bebas dalam kalangan anak muda di Negara kita.Salah satunya ialah terpengaruh daripada cerita Hollywood yang tidak sesuai ditonton oleh remaja bawah umur 18 tahun.Kebanyakkan cerita yang ditayangkan ini mamaparkan aksi-aksi yang kurang sopan antara lelaki dan perempuan ,seperti melakukan hubungan intim tanpa ikatan yang sah atau lebih tepat lagi dengan istilah melakukan maksiat.Keadaan seperti inilah yang menyebabkan remaja yang menonton tayangan ini akan terpengaruh dan ingin mencubanya dengan rakan yang berlainan jantina.
Selain itu,masalah pergaulan bebas ini sering menular kerana adanya pengaruh daripada anak-anak muda yang pernah menuntut di perantauan,mereka membawa pulang budaya barat dan mempraktikkannya apabila pulang ke tanah air.Mereka bergaul bebas tanpa mengira jantina,menyebabkan generasi muda yang melihatnya terpengaruh serta memberi impak negatif seperti menjerumuskan anak muda ini ke arah penzinaan dan seks bebas.Keadaan seperti inilah yang boleh menyebabkan berlaku kes pembuangan bayi serta masalah keruntuhan akhlak generasi muda hari ini.

·        JUDI & ARAK
                  
Dalam kitab Bible thecatat sesiapa yang mengejar kekayaan dengan cara yang jahat, menyangkakan dia tidak akan dirundung kemiskinan. Di dalam Kitab Tirukal kitab suci agama Hindu ayat 931 menyebut: Jangan berjudi, kerana jika pun kamu menang, kemenangan itu laksana mata kail yang menyangkuk ikan yang menelannya. Di dalam buku Buddhism in Practice, Dr Peter Santina menulis: Dalam hal ini Buddha menasihatkan manusia menjauhkan diri dari Enam aktiviti yang perlu dijauhkan adalah perjudian, hiburan yang mahal-mahal, bercampur dengan mereka yang tidak baik, malah, minum arak dan berpelisiran di jalan-jalan. judi ini bukan budaya semua agama di dunia ini. Ia adalah pengaruh budaya barat yang ingin menghancurkan sesuatu bangsa secara tidak disedari. Judi termasuk juga tikam nombor ekor dan sekutu dengannya.
Budaya barat seperti “clubbing” merupakan satu buday yang menjadikan judi dan arak menjadi semakin popular di kalangan remaja ini.Mereka merasakan judi dan arak adalah sesuatu kegiatan yang dapat medatangkan keseronokan dan kekayaan secara cepat.Namun semua ini dalah dilarang oleh ajaran agama.


RUMUSAN

Pengaruh budaya Barat telah membawa kesan buruk kepada keruntuhan akhlak seseorang mahupun masyarakat pada masa kini.Generasi muda merupakan salah satu sasaran utamanya.Antara kesan yang amat membimbangkan ialah serangan budaya barat kepada pemikiran dan moral masyarakat. Semakin ramai golongan pemuda hari ini sentiasa mengejari gaya hidup global yang ditandai oleh pelbagai ciri kehidupan barat. Misalnya, memakai pakaian berjenama barat, media barat yang semakin membanjiri masyarakat muda, makanan segera keluaran barat dan lain-lain lagi.Dalam era pasca modenisme, mereka tidak suka menjalani kehidupan yang tiada keseronokan, samada nilai, adat dan sejarah-sejarah dahulu, termasuklah agama. Kesan intelektualan Barat ini telah memaparkan sifat negatif dalam kalangan mereka apabila sesuatu perkara yang tetap dan stabil tidak digemari seperti institusi agama yang menimbulkan nilai dan cara bertindak yang tidak serasi dengan mereka.

TAJUK 5 : STRATEGI KESANTUNAN


STRATEGI KESANTUNAN PENULISAN

1. Membuat andaian bahawa setiap individu : 
·        mempunyai air muka 
·        menyedari bahawa individu yang lain juga mempunyai air muka.

2. Air muka terbahagi kepada dua: 
·        Air muka positif : keinginan individu untuk merasakan bahawa dirinya atau air mukanya dihargai 
·        Air muka negatif : keinginan individu untuk merasakan hak, kebebasan dan kuasa autonomi terhadap tindakannya.

4 STRATEGI KESANTUNAN PENULISAN BROWN & LEVINSON

1. Strategi Langsung
·                     Melakukan FTA (perilaku bahasa yang mengancam air muka) untuk menyatakan sesuatu dengan jelas. 
·                     Biasanya dalam bentuk perintah dan digunakan antara pihak yang saling mengenal dan rapat, seperti teman / anggota keluarga.

Contoh :
“get out,” she said to me. “I want to talk with Mother.”
 (“Keluar”, katanya padaku. “Aku ingin bercakap dengan Ibu.”)        

·                     ‘get out’ menunjukkan bahawa penutur tidak mengurangkan FTA. 
·                     Tuturan ini dapat mengancam muka negatif lawan tutur.

2. Strategi Kesantunan Negatif/ Formal
·                     Penutur menjaga air muka negatif lawan tutur untuk mempertahankan kebebasan tindakannya. 
·                     Biasa berlaku dalam kalangan orang yang belum dikenali, antara atasan dengan bawahan dan antara orang muda dengan orang yang lebih tua.


Contoh :
“as favour to me, do try to calm down “
(Demi aku, cubalah tenang dulu)

·                     Penutur melakukan FTA dengan meminta kesediaan lawan tutur untuk bertenang. 
·                     Tetapi, penutur juga berusaha agar tidak memberikan ancaman terhadap air muka lawan tutur melalui penawaran yang dilakukan.

3. Strategi Kesantunan Positif / Keakraban
·                     Penutur melakukan FTA dengan cara menjaga muka positif pendengar. 
·                     Biasa digunakan antara dua orang teman, kenalan atau pihak-pihak yang berhubungan akrab.

Contoh :
“just one moment, doctor, if you please”
 (Silakan tunggu sebentar, Doktor)                                                              


·                     Penutur berusaha menciptakan interaksi yang baik antara penutur dan lawan tutur 
·                     Penggunaan ‘Doctor, if you please’ membuatkan lawan tutur lebih terlibat pada interaksi dan mengurangkan ancaman muka positif terhadap lawan tutur.

4. Strategi Tidak Langsung
·                     Penutur melakukan FTA secara tidak langsung dengan membiarkan lawan tutur mentafsir tuturannya. 
·                     Digunakan terutama apabila ada ancaman yang lebih serius terhadap air muka lawan tutur.

Contoh :
“Can’t You See This Room Is Too Hot?”
 (Tak tahukah ruangan ini panas?)                                                      

·                     Tuturan ini sebenarnya bermaksud “sila buka kipas”. Petunjuk dilakukan dengan menyebutkan sesuatu yang berkaitan dengan tindakan yang diminta. 

·                     Tujuan: Penutur ingin mengurangkan FTA

TAJUK 5 : STRATEGI KESANTUNAN


STRATEGI KESANTUNAN LISAN

·        Teori Kesantunan Brown dan Levinson ( 1978 : 1987) telah mengutarakan andaian bahawa setiap individu yang kompeten mempunyai air muka (face), dan menyedari bahawa individu yang lain juga mempunyai air muka.

·        Konsep air muka bermaksud imeju diri dan penutur di tempat awam (public self image

·        Kita perlu memahami air muka seseorang supaya interaksi akan lebih berkesan.

·        Mengutamakan dua jenis air muka iaitu :

                                i.            Air muka positif
                              ii.            Air muka negatif

·        Strategi berinteraksi akan berbeza-beza mengikut jenis air muka pendengar

·        Masyarakat melayu menganggapnya amat memberatkan perlakuan yang menjaga air muka atau maruah pendengar.

·        Oleh itu, mereka akan cuba mengelak daripada berhadapan dengan konflik semasa berinteraksi secara lisan

·        Justeru, orang-orang melayu meggunakan pelbagai strategi semasa berinteraksi
·        Strategi-strategi kesantunan yang digunakan ialah :

                                i.            Strategi ikhlas
                              ii.            Strategi merendah diri
                            iii.            Strategi maaf
                            iv.            Strategi peyelesaian
                              v.            Strategi memberi peluang
                            vi.            Strategi penghargaan dan pujian
                          vii.            Strategi berterima kasih
                        viii.            Strategi kiasan
                            ix.            Strategi berhemah dan lemah lembut
                              x.            Strategi bersalam dan memperkenalkan diri
                            xi.            Strategi kecindan
                          xii.            Strategi menyapa/menegur
                        xiii.            Strategi ungkapan Rabbani



     STRATEGI IKHLAS

Menegur secara tidak langsung sesuatu perbuatan yang tidak disukai

Contoh :


Aku harap hang tak marah, aku ikhlas kerana Allah SWT nak bagi tahu ni, tak elok lelaki dan perempuan duduk berdua-duan



     STRATEGI MERENDAH DIRI

Menggunakan ungkapan-ungkapan membawa maksud penutur merendah diri dengan mengaku kelemahan dan kekurangan diri

Contoh :


Aku ni tak pandai sangat, itu sajalah yang aku dapat tolong



STRATEGI MAAF

Meminta dengan baik untuk bercakap atau berbuat sesuatu

Contoh :


Maaf ye! Boleh saya bercakap sikit
 

STRATEGI PENYELESAIAN
Mengambil keputusan memudahkan sesuatu urusan supaya penyelesaian cepat dicapai tanpa mendapat banyak bangkangan.

Contoh :


Saya rasa untuk menjimatkan masa, Kita setuju sajalah cadangan yang dibuat oleh Pat Mat tadi iaitu kita akan mengutip derma untuk membiayai program ini

 

     STRATEGI MEMBERI PELUANG

Memberi peluang kepada yang lebih berumur atau berjawatan dalam masyarakat untuk bersuara.

Contoh :


Kita dah banyak memberikan cadangan, apa kata kalua kita dengar pula pandangan orang lama dalam kampong ini iaitu Pak Ali untuk memberikan pendapat
 


     STRATEGI PENGHARGAAN DAN PUJIAN

Memberi peluang kepada yang lebih berumur atau berjawatan dalam masyarakat untuk bersuara.

Contoh :


Kita ucap tahniah dan syabas kepada Pak Samad kerana telah bertungkus-lumus menjayakan program ini
 


     STRATEGI BERTERIMA KASIH

Penghargaan secara ucapan terima kasih terhadap seseorang yang telah membuat sesuatu kebaikan atau pertolongan

Contoh :


Aku sangat berterima kasih kepada hang, Ali sebab telah membantu aku tadi
 

                                                                                    
     STRATEGI KIASAN

Ujaran yang diucapkan secara tidak langsung untuk menjaga air muka seseorang.

Contoh :


Kalau kamu hendak melakukan sesuatu, kamu mesti bersungguh-sungguh supaya Berjaya, jangat hangat-hangat tahi ayam
 


     STRATEGI BERHEMAH DAN LEMAH - LEMBUT

Menggunakan ujuran yang halus dan tidak kasar untuk membuat teguran atau nasihat supaya pendengar tidak berkecil hati

Contoh :


Oleh sebab Mat telah melakukan kesalahn tu, tak pa lah, benda telah berlaku, nak buat macam mana. Tapi Pak Cik  harap Mat insaf dan bertaubat dan tidak akan buat lagi pada masa akan datang



     STRATEGI KECINDAN

Menggunakan ujuran dalam bentuk jenaka untuk menimbulkan perasaan gembira

Contoh :

Ha! Jangan marah Pak Mat, nanti lekas tua
 

             
     STRATEGI MENYAPA / MENEGUR

Ujaran yang dibuat apabila bertemu dengan seseorang untuk menunjukkan keramahan walaupun telah mengetahui apa yang dibuat oleh seseorang.

Contoh :


Pak Cik ! Baca surat khabar ka ? Boleh saya sembang sikit ?



     STRATEGI UNGKAPAN RABANI

Menggunakan ujaran seperti Bismillah, Alhamdulillah, doa untuk menunjukkan kekuasaan Allah

Contoh :


Bismillahirrahmanirrahim,Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan izinnya dapat kita berjumpa pada majlis ini